Tips and trick Takaful
EJEN TAKAFUL
#ejentakaful #TBE #tips
.
.Salah satu kerjaya yang mula mendapat permintaan dari orang ramai adalah ejen takaful. Dengan masa yang flexible dan pendapatan yang tiada had, kebanyakan anak muda mula mendaftar sebagai ejen takaful sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.
*Bagaimana untuk mendaftar sebagai ejen takaful?*
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikut untuk menjadi seorang ejen takaful yang berdaftar.
#1 Exam TBE (takaful)
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengambil ujian dari Malaysia Takaful Association (MTA). Ujian TBE secara online boleh diambil di mana jua anda berada dan pendaftaran boleh dilakukan secara online sahaja.
https://enroll.malaysiantakaful.com.my/login
➡️Kami boleh bantu anda membuat pendaftaran
Terdapat dua (2) bahagian iaitu ujian berkenaan:
1. Takaful keluarga (family) – Untuk produk seperti hibah dan kad perubatan
2. Am (general) – Untuk produk seperti insuran kereta
Nak tengok contoh soalan
https://t.me/soalanexamtbe
Biasanya, ramai yang akan ambil ujian berkenaan takaful keluarga sahaja kerana mahu fokus kepada hibah dan kad perubatan yang mendapat permintaan ramai ketika ini.
Untuk mendaftar, anda juga boleh hubungi kami untuk pendaftaran dan pertanyaan. [DAFTAR]
http://www.wasap.my/60103428705/KonsultanTakaful
#2 Latihan – Etika sebagai ejen takaful
Selepas berjaya lulus ujian tersebut, anda perlu menghadiri latihan yang disediakan oleh syarikat takaful pilihan anda. Tujuan latihan ini adalah untuk memberi penerangan berkenaan industri takaful secara amnya.
Namun, tidak semua syarikat takaful mewajibkan anda menghadiri latihan awal sebagai syarat untuk dapatkan kod ejen berdaftar. Sebagai ejen takaful yang berdaftar, anda perlu tahu etika yang betul terutama ketika membuat promosi berkenaan produk takaful itu sendiri.
#3 Dapat kod ejen takaful berdaftar
Selepas berjaya menjalani latihan yang disediakan, anda akan terima kod ejen takaful dari syarikat takaful. Dengan itu, anda kini sudah sah menjadi ejen takaful yang berdaftar dan anda juga sudah boleh mula membantu orang ramai mendapatkan pelan perlindungan.
#4 Latihan produk / Training product
Ejen takaful yang hebat biasanya sudah menguasai ilmu dan maklumat berkenaan produk dan servis yang mereka tawarkan. Dengan ilmu yang lengkap, mudah bagi ejen takaful untuk membantu pelanggan mereka.
Lebih banyak maklumat yang anda kuasai, lebih mudah untuk anda menjawab setiap soalan dari prospek anda.
http://www.wasap.my/60103428705/KonsultanTakaful
Untuk menjadi ejen takaful yang hebat, anda perlu sentiasa belajar dari orang yang berjaya. Tingkatkan ilmu dan skil dalam semua aspek yang berkaitan dengan prospek supaya lebih mudah anda dapat membantu pelanggan anda.
#6 Matlamat
Untuk menjadi ejen sepenuh masa dalam industri takaful ini, anda perlu ada matlamat yang jelas supaya anda tidak berhenti di tengah jalan. Contoh matlamat jelas yang mudah adalah berkenaan dengan pendapatan yang diterima.
Jika anda mahu menerima pendapatan RM5,000 sebulan, anda memerlukan jumlah pelanggan yang mengambil membuat caruman tahunan hanya berjumlah RM150,000 (RM150,000 x 40% / 12 bulan). Jangan terkejut jika anda boleh mencapai pendapatan lima (5) angka walaupun baru 3 tahun dalam industri takaful ini.
Namun, jangan jadikan target jualan anda sebagai satu sebab anda terpaksa melakukan aktiviti 'kotor' seperti menipu pelanggan anda.
Anda masih tak faham macam mana untuk mula? Tanya kami sekarang [SOALAN]
https://t.me/infoinsuranstakaful