Tuesday, July 23, 2019
kemana yang kita perlu di uruskan
Di mana mana buku pengurusan kewangan, baik seminar bijak pandai dalam pengurusan kewangan sememangnya dicadangkan kita memperuntukkan 30% daripada pendapatan bulanan untuk 3 perkara berikut;
1. SIMPANAN 10%.
Ini dana rizab. Fungsinya untuk tujuan kecemasan seperti kereta rosak, paip bocor, duit hilang , kemalangan yang tidak di duga dan sebagainya. Jika berlaku situasi ini, tak risau duit nak cekau dari mana.
Ia di simpan dalam instrumen yang mempunyai 3 ciri berikut;
-1. Mudah cair
-2. Tiada kos
-3. Tiada risiko
Jika tiada atau tak cukup 3 ciri di atas, ia bukan instrumen SIMPANAN. Ia mungkin instrumen lain
Senang cerita simpan lah di tabung haji / ASB. Jangan simpan di ATM gaji anda.. ia terlalu mudah untuk di korek huhu.
Simpan 10% sebulan sehingga jumlah tabungan tersebut minima terkumpul menyamai 3 ke 6 bulan gaji sekurang-kurangnya.
Bagi yang bekerja sendiri, minima 6 bulan hingga ke 12 bulan gaji. Lagi tinggi lagi baik.
Contohnya jika pendapatan RM3,000, perlu ada RM9,000 ke RM18,000 sebagai dana rizab SIMPANAN ini.
Selepas cukup minima dana rizab, baru boleh buat PELABURAN. Jangan gunakan dana SIMPANAN utk tujuan PELABURAN.
Selepas ada simpanan kecemasan di atas.. beralih lah kepada Takaful...
Peruntukkan 10% untuk perlindungan pendapatan anda melalui takaful..
2. PERLINDUNGAN Takaful 10%.
Ia untuk menghadapi 3 malapetaka kewangan iaitu:
-1. Kematian,
-2. Lumpuh, dan
-3. Sakit kritikal.
Jika berlaku salah satu daripada 3 perkara ini, hidup akan berubah 180 darjah kerana hilang punca pendapatan dalam masa sama masih perlu teruskan hidup keluarga dan bayar hutang-piutang.
Jika hanya bergantung kpd SIMPANAN sahaja, lama kelamaan akan habis. Atas sebab itu kita perlukan PERLINDUNGAN takaful untuk 3 perkara ini. :-
-1. Perlindungan Pendapatan. Sekurang-kurangnya coverage takaful bersamaan 10 tahun pendapatan. Jika pendapat RM3,000 sebulan, maka perlu ada RM360,000 (RM3,000 X 12 bulan X 10 tahun) perlindungan pendapatan bagi persediaan menghadapi malapetaka kewangan tadi.
-2. Medical Card sebagai alat untuk mengekalkan aset. Sekiranya dimasukkan ke hospital, tak perlu usik ASET dan SIMPANAN utk membayar bil hospital. Gunakan sahaja medical card.
-3. Penyelesaian Hutang. Sekiranya berlaku 3 situasi malapetaka kewangan tadi (mati, lumpuh, sakit kritikal), hutang masih lagi perlu dilunaskan. Sebab itu perlunya PERLINDUNGAN takaful sebagai persediaan.
Untuk PERLINDUNGAN PENDAPATAN dan MEDICAL CARD, peruntukkan 10% daripada pendapatan kita utk perkara-perkara tersebut.
Seterusnya melaburlah.. untuk menambah nilai wang anda.. jangan simpan di rumah tau duit banyak banyak.. walau mutakhir ini ramai betul orang orang menyimpan duit ratusan ribu malahan jutaan ribu di rumah #eh
3. PELABURAN
Jika hanya membuat SIMPANAN sahaja, ia tidak mampu untuk menghadapi inflasi yang meningkat saban tahun.
Jadi, kita perlukan instrumen PELABURAN untuk menggandakan wang dan aset kita untuk 3 perkara berikut;
-1. Persaraan
-2. Pendidikan anak
-3. Menunaikan haji
Ketiga-tiga perkara ini memerlukan kos yang tinggi terutama persaraan. Jika kita memerlukan RM6,000 sebulan sebagai kos sara hidup selepas bersara, maka jumlah yang kita perlukan ialah RM6,000 X 12 bulan X tempoh persaraan.
Berapa lama tempoh persaraan?
Jangka hayat rakyat Malaysia sekitar 73 (lelaki) ke 78 (wanita). Andaikan purata 75 tahun sebagai jangka hayat rakyat Malaysia. Jika bersara umur 60 tahun, maka tempoh persaraan ialah 15 tahun.
Jadi, jika kita memerlukan RM6,000 sebulan sebagai kos sara hidup selepas bersara, maka jumlah yang kita perlukan ialah RM1,080,000.
Ya, RM1 juta lebih! Ia belum dikira faktor inflasi selepas bersara.
Sebab itu perlu mulakan PELABURAN dari muda. Apabila sentuh tentang PELABURAN, ia tidak akan lari dari KOS dan RISIKO.
Melabur dalam ilmu PELABURAN terlebih dahulu sebelum mulakan PELABURAN supaya dapat minimumkan KOS dan RISIKO tadi.
===
PERSOALANAN penting SEKARANG; Adakah kita sudah lakukan persediaan-persediaan di atas?
Saya sudah.. dah masih perbaiki diri untuk lebih baik.. anda bagaimana
#sharingiscaring
#jomIkhlas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cara cara menjadi ejen Takaful
Tips and trick Takaful EJEN TAKAFUL #ejentakaful #TBE #tips . .Salah satu kerjaya yang mula mendapat permintaan dari orang ramai adalah ej...
-
Tahukah anda terdapat kos tersembunyi seandainya kita terpilih sakit kritikal atau lumpuh yang biasa kita nampak adalah kos rawatan hospit...
-
Menjadi seorang ejen takaful amanah kita sangat besar..sebab tu dari segi komisen kita dapat tinggi Bayangkan sorang client kita dapat 6 t...
No comments:
Post a Comment