Monday, July 29, 2019

Manakah lagi baik.. menyimpan dulu.. melabur dulu atau melindungi terlebih dahulu

Sejujurnya...Tiada Produk Kewangan Sempurna

Dalam pengurusan kewangan, setiap produk kewangan mempunyai fungsi tersendiri.

Sebagai contoh, akaun bank fungsinya ialah untuk membuat simpanan.

Jadi jangan mengharap pulangan yang tinggi untuk mengatasi inflasi jika hanya bergantung kepada akaun simpanan.

Begitu juga dengan takaful, fungsi utamanya adalah untuk perlindungan kewangan, bukan untuk simpanan atau pelaburan. Jangan terkejut apabila jumlah nilai tunai polisi takaful Sdra/i sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah caruman yang Sdra/i buat selama ini.

Begitu juga dengan unit amanah, fungsinya pula untuk pelaburan. Jangan semata-mata mengharap ejen untuk memantau portfolio pelaburan dan marahkan mereka apabila nilai saham amanah Sdra/i berkurangan apabila market sedang merudum.

Di atas hanya contoh sahaja.

Selaku pengguna, kita perlu bijak memilih, mengguna dan mengurus produk-produk yg ada di pasaran.

mana yang perlu saya dahulukan.. melabur atau menyimpan..atau melindung

Jangan terlalu awal melabur kawan. Belajar asas SIMPANAN dan PERLINDUNGAN dulu

tetapi jangan simpan terlalu lama, sebaiknya laburkan duit kita. dan jangan gopoh melabur.. lindungi dulu pendapatan anda.

hehe peningkan ?? 

untuk kefahaman saya share contoh

1. Anis tiada tabung kecemasan
  tiada hutang jahat.. maka adalah di cadangkan kepada Anis untuk mulakan simpanan

2.  Alia ada RM1,000 tabung kecemasan, ada hutang 2,000
maka adalah di cadangkan kepada Alia untuk menyimpan

3. Anis ada RM6,000 tabung kecemasan iaitu 3 bulan gaji beliau 
  ada tabungan dan tiada hutang jahat.. maka adalah di cadangkan kepada Anis untuk mewujudkan perlindungan dan selepas itu mulalah melabur

Akaun simpanan adalah produk bank, takaful pula dikeluarkan oleh syarikat takaful dan unit amanah pula dikeluarkan oleh syarikat unit amanah.

Sebagai pengguna bijak, kita perlu pilih produk kewangan bersesesuaian dengan objektif kewangan kita.

di cadangkan
  •  jadikanlah bank sebagai tempat "parking" sementara wang kita.
  • Letakkan simpanan bersamaan 3-6 bulan pendapatan di dalam Tabung Haji atau ASB utk memaksimakan pulangan, dan tiada risiko pastinya.
  • Wang lebihan simpanan laburkan ke dalam unit amanah, emas, saham. Apabila ia bertambah, boleh mulakan pula hartanah. Dalam masa sama ada peruntukkan utk pelaburan ilmu pelaburan
tetapi jangan lupa untuk 
  • Memperuntukkan maksima 10% daripada gaji anda untuk caruman takaful yang menyamai dengan 10 tahun pendapatan sebagai dana kecemasan dan lagi bagus di ambil juga medical card.

Sebagai pengguna.

Jadilah pengguna yang bijak, bijak membuat keputusan bijak membuat pertimbangan. 

Tak tau bertanyalah kepada mereka yang mahir dalam bidang dan buatlah penilaian

Ramai antara kita sanggup laburkan duit,

Tapi ramai antara kita tidak lindungi duit mereka.

Dengan ada polisi takaful adalah salah satu medium anda untuk lindungi duit anda jika anda ditimpa musibah.


ok sekarang kita rasa kita wajar untuk melanggan takaful.. maka apakah perkara yang perlu di pertimbangkan.

Antara perkara penting  yang perlu di pertimbangkan dalam melanggan polisi takaful ialah berapa lama tempoh polisi tersebut berkuatkuasa.

⏱ Bagi mereka yang melanggan takaful berttujuan untuk perlindungan pendapatan (income protection), sebaiknya tempoh perlindungan yang perlu kita sertai ialah sehingga umur persaraan iaitu sehingga usia kita 60 tahun.

Kenapa???

 MATLAMAT "income protection" adalah perlindungan, ketika kita mempunyai pendapatan dan kita mempunyai komitment hutang yang tinggi ataupun kita ada komitment terhadap keluarga kita dari segi perbelanjaan harian, pendidikan anak dan lain lain

Jika pada saat itu kita sudah tiada komitment anak anak sudah bekerja.. hutang rumah sudah tiada, personal loan sudah tiada, tiada lagi keperluan untuk berhutang maka ia tidak begitu relevan untuk kita.


berbeza dengan medical card dan coverage penyakit kritikal pula, sebaiknya dapatkan perlindungan sehingga akhir hayat sehingga100 tahun  contohnya.

kenapa??

Kerana, kita memerlukan medical card dan coverage penyakit kritikal tidak kira kita mempunyai pendapatan atau tidak.

Baru baru ini saya bertemu seorang bakal pelanggan.. bakal berusia 70 tahun.. anak anak sangat bimbang kerana medical card beliau bakal tamat tempoh.

Berpengalaman menguna pakai (claim ) medical card beliau mengakui medical card sangat berbaloi dan perlu di miliki oleh orang ramai


⏱ Begitu juga jika anda melanggan polisi takaful sebagai persediaan pusaka atau hibah untuk diwariskan kepada anak-anak, perlu tempoh sehingga akhir hayat.

Sebab, supaya ia berfungsi sebagai manfaat pusaka untuk waris tidak kira waktu kita meninggal dunia, sama ada sebelum atau selepas bersara.

⁉️ Berapakah jangka hayat umur kita? Tiada siapa yang tahu kecuali Yang Maha Esa.

Secara purata, jangka hayat rakyat Malaysia;

👨Umur 73 tahun bagi lelaki
👩Umur 79 tahun bagi wanita.

Satu sudut positif, ia menunjukkan rakyat Malaysia semakin hari semakin panjang usia mereka.

Tapi satu sudut lain, berapa ramaikan di kalangan kita yang bersedia untuk menghadapi hari tua?

Selain merancang untuk mengumpul  dana persaraan, antara persediaan penting ialah untuk merancang plan perlindungan kewangan dan kesihatan anda.

Dalam merancang berapa banyak coverage takaful yang perlu dilanggan, kita perlu merancang dengan baik berapa lama tempoh polisi yang bakal dilanggan.

Jika tempoh polisi anda di bawah 70 tahun, berhati-hati. Lebih-lebih lagi bila melibatkan medical card dan  dana sakit kritikal.

Malah jika anda merancang takaful untuk manfaat hibah atau pusaka kepada ahli waris pun perlu pertimbangkan faktor ini.

Bayangkan, jika coverage hanya sampai 70 tahun sahaja?

Apa yang terjadi selepas usia itu?

✖ Polisi medical card anda akan tamat pada usia 70. Jika penyakit anda berterus-terusan, kos rawatan selepas umur 70 anda terpaksa gunakan wang dari poket sendiri.

✖ Polisi takaful "hibah" anda juga akan tamat pada usia 70. Bermakna, jika berlaku kematian pada usia 71 tahun, tidak ada sebarang manfaat hibah takaful untuk ahli keluarga.

Ada pro dan kontra di sini.

Kalau tanya saya berapa tempoh polisi takaful yang ideal, bagi saya sekurang-kurangnya 80 tahun. Lagi panjang lagi bagus.

Sebab, ia berbalik kepada tujuan kita melanggan polisi takaful.

Tujuan kita melanggan adalah untuk menghadapi musibah terutama 3 musibah utama iaitu kematian, lumpuh & sakit kritikal. Dan, kita tidak tahu bila musibah itu berlaku.

Kematian itu pasti, tapi kita tidak tahu bila kita akan mati.

Atas sebab itu, tempoh polisi sebaiknya ialah semaksimum tempoh yang boleh dilanggan.

Sebab musibah pasti akan berlaku; cepat, lambat, lambat-laun.

⏱ Berapa cepat? Mungkin beberapa saat, beberapa minit, beberapa hari, beberapa bulan selepas kita sign up polisi.

⏱ Berapa lambat? Mungkin setahun, dua tahun, 5 tahun, 10 tahun selepas kita sign up polisi.

⏱ Berapa lambat-laun? Mungkin 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun. Siapa tahu?

Jadi, apabila melanggan polisi perlu mengambil sebarang kebarangkalian ini.

Polisi yang saya langgan,

📑 Coverage kematian dan lumpuh hingga umur 100 tahun.

📑 Coverage penyakit kritikal hingga umur 100 tahun.

📑 Coverage medical card pun sehingga umur 100 tahun. Malah coverage medical card meningkat 10% setiap 3 tahun.

Manfaat-manfaat di atas boleh dilanggan dengan sumbangan takaful di bawah RM200 sebulan bagi usia bawah 35 tahun.

Lebih muda, lebih tinggi manfaat yang diperolehi.

Jika tanpa medical card, dengan bermula RM100 sebulan boleh dapat coverage RM200K ke RM300K bagi manfaat kematian, lumpuh dan penyakit kritikal.

Tempoh polisi: Hingga umur 100 tahun

Jika polisi takaful panjang, boleh ditamatkan awal jika kita menukar perancangan.

Tapi jika polisi hanya sampai umur 70, dan ketika sampai usia itu baru hendak sambung, maka ia sudah terlambat untuk menyambung polisi berkenaan dan berkemungkinan besar sakit sedia ada , operation lama sudah tidak di lindungi.

No comments:

Post a Comment

Cara cara menjadi ejen Takaful

Tips and trick Takaful  EJEN TAKAFUL #ejentakaful #TBE #tips  . .Salah satu kerjaya yang mula mendapat permintaan dari orang ramai adalah ej...