Pengecualian:
tahukah anda bukan semua medical card card cover
ada pengecualian pengecualian tertentu
Perkara yg MEDICAL CARD TAK COVER adalah
Medikal
kad Takaful tidak akan melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan
atau caj-caj berkaitan yang disebabkan secara langsung atau tidak
langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1)
kejadian berikut:
1.
Penyakit sedia ada
Medical card tidak akan cover jika penyakit tersebut telah wujud terutamanya jika tidak di nyatakan di dalam
borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan
kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.
2. Penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan.
a. Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular
b.
Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing
dan sistem biliari c. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus)
dan tekak
d. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
e.
Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem Pembiakan
f.
Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut
item no 2 ini andai ada tuntutan dalam masa kurang satu tahun kebiasaannya perlu bayar dahulu dan claim kemudian (pay & claim)
3.
Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh tiga
puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh
penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian,
kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.
4.
Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan
pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan
(Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas
atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran,
perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.
5.
Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral
kecuali diperlukan kerana Kecederaan akibat Kemalangan pada gigi asli
yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam Tempoh Takaful. Perbelanjaan
yang timbul dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan
prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak
akan dibayar.
6.
Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat
Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak
dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya,
AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks
Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit
berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.
7. Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.
8.
Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk
kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan
jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan
kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan
ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan
impoten atau pensterilan.
9.
Kemasukan ke Hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis,
pemeriksaan sinar-X, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak
berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu Hilang Upaya yang
dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi
perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan
pencegahan yang dijalankan oleh seorang Pakar Perubatan, dan
rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.
10. Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.
11.
Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak
diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam
mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok,
rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.
12.
Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana
bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear
atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.
13.
Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang
yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang
ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.
14.
Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, terapi penggantian
hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan,
khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada
khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan
tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan
yang lain.
15.
Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat
yang dibayar oleh mana- mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi
yang melindungi Orang yang Dilindungi dan Hilang Upaya yang diakibatkan
oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah
Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.
16. Psikotik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk
(termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).
17.
Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti
televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa,
kit/pek kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.
18.
Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan
(kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak
terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang
memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan
aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.
19.
Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang
dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut
penumpang melalui laluan yang ditetapkan.
20. Perbelanjaan untuk menukar jantina.
21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.
22.
Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau apa-apa
pembedahan atau rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan, atau
caj-caj yang melebihi Caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan, atau
caj-caj yang ditanggung kerana Dimasukkan ke Hospital, pra-kemasukan ke
Hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas Tarikh Tamat
Tempoh.
Pengecualian
dan had adalah tidak hanya terhad kepada yang tertera di atas dan anda
perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.
banyakkan yang tidak di lindungi.. fahami hak anda..
banyakkan yang tidak di lindungi.. fahami hak anda..
medical card untuk rawatan penyakit yang baru wujud bukan sakit sedia ada dan bayaran adalah untuk kos rawatan yang perlu.
miliki medical card sebelum anda sakit bagi mengelakkan lagi banyak pengecualian dalam medical card anda
berpinar mata membaca ya.. insyaallah pengalaman saya andai anda betul betul jujur sewaktu menyertai takaful,niat untuk bersama sama bertabbaru.. tidak perlu bimbang andai berkeperluan untuk claim ..insyaAllah anda akan layak claim
berpinar mata membaca ya.. insyaallah pengalaman saya andai anda betul betul jujur sewaktu menyertai takaful,niat untuk bersama sama bertabbaru.. tidak perlu bimbang andai berkeperluan untuk claim ..insyaAllah anda akan layak claim
No comments:
Post a Comment