Wednesday, September 11, 2019

APA BEZA TAKAFUL DAN INSURAN KONVENSIONAL?

APA BEZA TAKAFUL DAN INSURAN KONVENSIONAL?

Nampak macam sama tapi banyak bezanya.. khususnya bagi kita yang beragama Islam

Paling utama..

Perbezaan utama adalah 'AQAD'.

Takaful menggunakan aqad tabarru' (sumbangan) manakala Insuran konvensional menggunakan aqad jualbeli.

Senang faham aqad ni boleh juga diertikan sebagai kontrak.

Takaful menggunakan kontrak sumbangan manakala insuran konvensional menggunakan kontrak jual beli.

Apabila kita sertai takaful kita berniat untuk bertabbaru.. menderma bagi membantu peserta lain yang di timpa musibah.

Sedangkan apabila sertai insurans kita membayar premium (akad jual beli)
Syarat jual beli adalah
1. Penjual
2. Pembeli
3. Masa
4.baramg atau perkhismatan


Dalam Islam segala galanya bermula dengan akad aka niat.

Contoh mudah.. kita nak solat asar tapi niat kita solat suboh..sah ke tak sah.

Begitulah Takaful vs Insurans nampak macam sama tapi berbeza di sebabkan oleh akad.

----------------------

BEZA ITU JE KE?

Ada lagi.. Konsep takaful adalah 'tolong-menolong' antara peserta (biasa dikenali sebagai pencarum - perkataan yg lebih tepat bagi takaful adalah peserta). Jika berlaku sebarang kemalangan atau insiden kerugian (tertakluk di dalam sijil takaful) peserta-peserta takaful lah yang akan menanggung bersama.

Manakala insuran konvensional, yang akan menanggung kerugian adalah pihak syarikat insuran itu sendiri.
----------------------

APA HUKUM BELI INSURAN?

Hukum Insuran Nyawa
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
a) Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b) Mengandungi unsur judi.
b) Mengandungi muamalah riba.

Hukum Insuran Am
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.

Sila rujuk untuk selanjutnya.
http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/artikel/148-menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram

Maka,  TAKAFUL sebagai alternatif bagi orang Islam untuk mendapatkan perlindungan.
----------------------

Sekarang, industri takaful semakin pesat berkembang dan berdaya saing. Pilihan terletak di tangan Anda, tepuk dada tanya lah iman



No comments:

Post a Comment

Cara cara menjadi ejen Takaful

Tips and trick Takaful  EJEN TAKAFUL #ejentakaful #TBE #tips  . .Salah satu kerjaya yang mula mendapat permintaan dari orang ramai adalah ej...