Friday, December 3, 2021

Cara cara menjadi ejen Takaful

Tips and trick Takaful 

EJEN TAKAFUL
#ejentakaful #TBE #tips 
.
.Salah satu kerjaya yang mula mendapat permintaan dari orang ramai adalah ejen takaful. Dengan masa yang flexible dan pendapatan yang tiada had, kebanyakan anak muda mula mendaftar sebagai ejen takaful sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa.

*Bagaimana untuk mendaftar sebagai ejen takaful?*

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikut untuk menjadi seorang ejen takaful yang berdaftar.

#1 Exam TBE (takaful)

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengambil ujian dari Malaysia Takaful Association (MTA). Ujian TBE secara online  boleh diambil di mana jua anda berada  dan pendaftaran boleh dilakukan secara online sahaja.

https://enroll.malaysiantakaful.com.my/login

➡️Kami boleh bantu anda membuat pendaftaran

Terdapat dua (2) bahagian iaitu ujian berkenaan:

1. Takaful keluarga (family) – Untuk produk seperti hibah dan kad perubatan

2. Am (general) – Untuk produk seperti insuran kereta

Nak tengok contoh soalan 

https://t.me/soalanexamtbe

Biasanya, ramai yang akan ambil ujian berkenaan takaful keluarga sahaja kerana mahu fokus kepada hibah dan kad perubatan yang mendapat permintaan ramai ketika ini. 

Untuk mendaftar, anda juga boleh hubungi kami untuk pendaftaran dan pertanyaan. [DAFTAR] 

http://www.wasap.my/60103428705/KonsultanTakaful

#2 Latihan – Etika sebagai ejen takaful

Selepas berjaya lulus ujian tersebut, anda perlu menghadiri latihan yang disediakan oleh syarikat takaful pilihan anda. Tujuan latihan ini adalah untuk memberi penerangan berkenaan industri takaful secara amnya.

Namun, tidak semua syarikat takaful mewajibkan anda menghadiri latihan awal sebagai syarat untuk dapatkan kod ejen berdaftar. Sebagai ejen takaful yang berdaftar, anda perlu tahu etika yang betul terutama ketika membuat promosi berkenaan produk takaful itu sendiri.

#3 Dapat kod ejen takaful berdaftar

Selepas berjaya menjalani latihan yang disediakan, anda akan terima kod ejen takaful dari syarikat takaful. Dengan itu, anda kini sudah sah menjadi ejen takaful yang berdaftar dan anda juga sudah boleh mula membantu orang ramai mendapatkan pelan perlindungan.

#4 Latihan produk / Training product

Ejen takaful yang hebat biasanya sudah menguasai ilmu dan maklumat berkenaan produk dan servis yang mereka tawarkan. Dengan ilmu yang lengkap, mudah bagi ejen takaful untuk membantu pelanggan mereka.

Lebih banyak maklumat yang anda kuasai, lebih mudah untuk anda menjawab setiap soalan dari prospek anda.

http://www.wasap.my/60103428705/KonsultanTakaful

Untuk menjadi ejen takaful yang hebat, anda perlu sentiasa belajar dari orang yang berjaya. Tingkatkan ilmu dan skil dalam semua aspek yang berkaitan dengan prospek supaya lebih mudah anda dapat membantu pelanggan anda.

#6 Matlamat

Untuk menjadi ejen sepenuh masa dalam industri takaful ini, anda perlu ada matlamat yang jelas supaya anda tidak berhenti di tengah jalan. Contoh matlamat jelas yang mudah adalah berkenaan dengan pendapatan yang diterima.

Jika anda mahu menerima pendapatan RM5,000 sebulan, anda memerlukan jumlah pelanggan yang mengambil membuat caruman tahunan  hanya berjumlah RM150,000 (RM150,000 x 40% / 12 bulan). Jangan terkejut jika anda boleh mencapai pendapatan lima (5) angka walaupun baru 3 tahun dalam industri takaful ini.

Namun, jangan jadikan target jualan anda sebagai satu sebab anda terpaksa melakukan aktiviti 'kotor' seperti menipu pelanggan anda.

Anda masih tak faham macam mana untuk mula? Tanya kami sekarang [SOALAN]

https://t.me/infoinsuranstakaful

Monday, September 30, 2019

Medical card manakah yang terbaik

Ada yang bertanya apa beza medical card awak dengan medical card orang lain..

Analogi medical card adalah umpama handphone.
Fungsi asas buat panggilan terima panggilan jawab sms.

Jadi fungsi asas medical card adalah membayar bil perubatan  bilamana kita warded.

Lain lain adalah manfaat tambahan..
Baik elaun bermalam
Baik comprensive critikal illness

Dan macam macam lagi..

Tiada istilah handphone terbaik ...

medical card terbaik.

Handphone ribu ribu ...

jika tiada kredit pun tidak berguna

Samalah medical card.

Coverage juta juta.

Jika anda sign up.. tak sampai 3 bulan  polisi anda lapse aka anda tidak membuat bayaran pun tidak berguna..

Pilih lah yang sesuai dengan keperluan dan budget anda sekarang..

dan andai ada budget dan perlu yang lagi canggih manggih bertukarlah.

Ingat.. fikirkan keperluan utama anda.. bukan kehendak..

Ikutkan hati deknon MS nak yang paling mahal paling best paling canggih..

Tak pe.. nanti dah naik gaji dan makin berkemampuan..ada lebihan.. tak salah upgrade...

Bahkan setiap syarikat akan membuat penambahbaikan..

cuma mampu atau tidak kita mengikut trend.

InsyaAllah mediplan adalah antara medical card terbaik pada saat ini..

Tiada ko payment ..tiada ko takaful..

Tiada limit tahunan #inisangatpenting kerana jika ada limit kt terpaksa keluarkn  cash yang banyak bila memerlukn kos rawatan yg besar.

Upgrade bilik hanya bayar beza

Ada cash value yang boleh membantu anda di saat anda memerlukan

Saya pilih Ikhlas..eh nokia pilihan ibunda saya..

Anda bagaimana

Pst.. tapi jika mampu ambillah yang terbaik dan cukup lengkap.. macam pakej saya cadangkan tu🤗🤗🤗


Mana lagi penting invest atau protect

Ada orang kata..

Orang muda tak perlu insurance..

Tapi MS kata .. orang muda pun boleh sakit / lumpuh dan meninggal..

Nak tau kes real.. kami ada..

Alhamdulillah ada anak muda yang sedar insurance takaful ni penting..

walau dia anak muda..dia sign up takaful..
Lindungi pendapatan beliau..

jom lindungi pendapatan anda..

Bina asas kewangan anda

Kata orang...

Kad perubatan umpama pagar rumah kita. 

Jangan buat pagar cantik cantik,  tinggi tinggi tetapi tak ada rumah. 

Buat rumah dulu kawan..kukuhkan..stabilkan..

Rumah tu apa?.. 

gaji kita.. pendapatan kita..
protect your income dulu kawan..

Paling tidak sediakan dana 300k buat legacy kita.. 

keluarga kita..

Tak nak 300k.. sejuta pun jadi..

Paling tidak ada.. andai kita tiada..
Isteri kita ..anak anak kita yang masih bersekolah tidak terduduk..

Boleh pelan pelan bangkit..

Takde orang ,hilang orang tersayang boleh terus bangkit..macam takde apa apa..

Tipu lah.. im ok..
not ok kawan..

300k tak besar mana.. tapi boleh laa di guna untuk 4 5 tahun sementara nak kembali bangkit..

Pesanan ikhlas ini buat kawan kawan bernama suami

Sunday, September 29, 2019

Mana lebih penting perlindungan pendapatan atau medical card...

Bila bercakap tentang takaful, kita perlu fokus kepada fungsi utama takaful sebagai PERLINDUNGAN PENDAPATAN atau kewangan sekiranya berlaku risiko/malapetaka kewangan, seperti;

Kematian
Lumpuh
Sakit Kritikal

Kenapa?

 Kerana jika berlaku salah satu daripada musibah di atas, kita..

Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan,
Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti,
Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian suami, si isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.

Bayangkan, bagaimana dia dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.

Saturday, September 28, 2019

Bercakap tentang takaful, kita perlu fokus kepada fungsi utama takaful sebagai PERLINDUNGAN PENDAPATAN atau kewangan sekiranya berlaku risiko/malapetaka kewangan, seperti;

Kematian
Lumpuh
Sakit Kritikal

Kenapa..

Kerana, jika berlaku salah satu daripada musibah ke atas di atas, kita..

Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan,
Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti,
Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian suami, si isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.

Bayangkan, bagaimana dia dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.

 

Wednesday, September 11, 2019

Takaful life ada banyak pilihan.
Paling asas adalah perlindungan
*kematian / lumpuh*
Biasa orang kampung panggil khairat kematian

Lain lain adalah pilihan samada kita nak ambil atau tidak iaitu :-

1.Dana sakit kritikal (sumbangan cash andai di uji dengan salah 1 dari 35 sakit kritikal)
2. Pengecualian byran akibat sakit kritikal
3. Elaun hospital minimun warded 6 jam
4. Tambahan dana kemalangan MC / kehilangan anggota
5. Comprehensive CI - sumbangan di berikan pada peringkat awal sakit di dignosis.
6. Perlindungan wanita
7. Ada dengan medical card


Jika seseorang itu nakkan yang asas sahaja
(income protection)
kami mencadangkan agar mengambil  merangkumi sekali coverage untuk penyakit kritikal (Critical Illness), bukan sekadar kematian dan lumpuh.

Sebabnya, apabila seseorang ditimpa penyakit kritikal, dia tidak mampu bekerja dan memperolehi pendapatan.

71% kematian rakyat Malaysia berpunca dari penyakit kritikal seperti
– stroke,
– kanser,
– sakit jantung, dan
– sakit buah pinggang.

Teknologi perubatan masa kini..banyak sakit yang di anggap kritikal boleh di ubati  dan pesakit survived
[03/05, 08:47] Hana Ikhlas: Di cadangkan juga ambil pilihan waiver.. yang mana berfungsi tak perlu bayar caruman bulanan andai di uji dengan sakit kritikal
[03/05, 09:24] Hana Ikhlas: Cadangan takaful life. #incomeprotection
Kok tak masukkan medical card sebab dia keja goment kita andaikan keperluan medical card bukan utama.


1. Kematian atau lumpuh apa jua sebab RM400 ribu.

Di cadangkan 400k dengan kaedah capital liquidation.

Di cadangkan ambil dari gaji kita x 12 x 5 tahun = jumlah pampasan.

5 tahun ini kita ambil yang paling minimal.. ada yang cadangkan 10 tahun.


Tapi  biasa kami suk cadangkan 5 tahun.. panjang sangat akan lebih banyak dan mahal jumlah caruman.

Caruman ni boleh di tambah kemudian bila ada kenaikan gaji ada extra budget etc.

Andaian income 6k x 12 x 5 tahun = 360k sebab tu kita cadangkan RM400k tadi.

kerja govt insyaAllah ada pencen tapi pencen juga ada formula,  di kira mengikut tempoh kita
Sebab itu kita cadangkan ambil perlindungan takaful mengikut gaji kita sekarang.

Kenapa.. paling kita takut meninggal dunia di saat anak anak kita masih kecil dan memerlukan kita.

Dengan adanya income protection ia satu jaminan.. andai Allah jemput kita kelmarin.. kita dah sediakan dana RM400k cash untuk keluarga kita.. paling tidak wang ini untuk kelangsungan hidup, bayar hutang piutang jika ada byr baki loan kereta.di gunakan untuk pendidikan anak anak dan keperluan harian mereka dan memboleh kan isteri kita mulakan kehidupan , mencari kerja menyesuaikan diri etc.

Manfaat lain
2. Dana kemalangan 100k
Jika meninggal akibat kemalangan = (400k + 100k = RM500k akan di sumbangkan kepada keluarga kita

3. Elaun hospital RM200
Minimum warded 6 jam.

4. Waiver bayaran andai di uji dengan sakit kritikal

5. Sumbangan cash 200k andai di uji dengan sakit kritikal nauzubillah..


Berapa jumlah caruman untuk segala manfaat di atas ???

Hanya
*RM300 sahaja sebulan*

APA BEZA TAKAFUL DAN INSURAN KONVENSIONAL?

APA BEZA TAKAFUL DAN INSURAN KONVENSIONAL?

Nampak macam sama tapi banyak bezanya.. khususnya bagi kita yang beragama Islam

Paling utama..

Perbezaan utama adalah 'AQAD'.

Takaful menggunakan aqad tabarru' (sumbangan) manakala Insuran konvensional menggunakan aqad jualbeli.

Senang faham aqad ni boleh juga diertikan sebagai kontrak.

Takaful menggunakan kontrak sumbangan manakala insuran konvensional menggunakan kontrak jual beli.

Apabila kita sertai takaful kita berniat untuk bertabbaru.. menderma bagi membantu peserta lain yang di timpa musibah.

Sedangkan apabila sertai insurans kita membayar premium (akad jual beli)
Syarat jual beli adalah
1. Penjual
2. Pembeli
3. Masa
4.baramg atau perkhismatan


Dalam Islam segala galanya bermula dengan akad aka niat.

Contoh mudah.. kita nak solat asar tapi niat kita solat suboh..sah ke tak sah.

Begitulah Takaful vs Insurans nampak macam sama tapi berbeza di sebabkan oleh akad.

----------------------

BEZA ITU JE KE?

Ada lagi.. Konsep takaful adalah 'tolong-menolong' antara peserta (biasa dikenali sebagai pencarum - perkataan yg lebih tepat bagi takaful adalah peserta). Jika berlaku sebarang kemalangan atau insiden kerugian (tertakluk di dalam sijil takaful) peserta-peserta takaful lah yang akan menanggung bersama.

Manakala insuran konvensional, yang akan menanggung kerugian adalah pihak syarikat insuran itu sendiri.
----------------------

APA HUKUM BELI INSURAN?

Hukum Insuran Nyawa
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
a) Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b) Mengandungi unsur judi.
b) Mengandungi muamalah riba.

Hukum Insuran Am
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.

Sila rujuk untuk selanjutnya.
http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/bahan-ilmiah/artikel/148-menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram

Maka,  TAKAFUL sebagai alternatif bagi orang Islam untuk mendapatkan perlindungan.
----------------------

Sekarang, industri takaful semakin pesat berkembang dan berdaya saing. Pilihan terletak di tangan Anda, tepuk dada tanya lah iman



KENAPA INCOME REPLACEMENT ITU PENTING

Tahukah anda terdapat kos tersembunyi seandainya kita terpilih sakit kritikal atau lumpuh

yang biasa kita nampak adalah kos rawatan hospital.. ada medical card alhamdulillah
hospital kerajaan juga alhamdulillah

tetapi... yang kita tak nampak adalah kos selepas itu

  1. income hilang semasa kita tidak bekerja
  2. income pasangan hilang kerana perlu menjaga kita
  3. kos rawatan alternatif #extra RM di perlukan
  4. kos ubatan tambahan
  5. kos supplement
  6. kos peralatan..contohnya besi perlu di bayar tau.. walau kita di hospital kerajaan
  7.  

MENCARI EXTRA INCOME

Gaji masuk tapi habis bayar hutang. 😐

Hutang tak pandai pandai nak habis.

Perlukan duit extra income sekarang?

Extra income www.wasap.my/60123809302/extraIncome

Saturday, August 3, 2019

Serendah 50 sebulan sahaja

Hanya SERENDAH RM 50.00 SEBULAN anda sudah boleh meninggalkan HIBAH SEBANYAK RM200 RIBU kepada keluarga tersayang dalam masa 24 JAM polisi berkuatkuasa!

❇️
Perlindungan pendapatan  aset mudah cair @ rm200 ribu tersedia buat keluarga tersayang andai kita..

🕚Meninggal dunia apa jua sebab
🕚meninggal dunia akibat sakit kritikal
🕚meninggal akibat kemalangan
🕚lumpuh akibat penyakit
🕚lumpuh akibat kemalangan

Cara cara menjadi ejen Takaful

Tips and trick Takaful  EJEN TAKAFUL #ejentakaful #TBE #tips  . .Salah satu kerjaya yang mula mendapat permintaan dari orang ramai adalah ej...