Tuesday, July 23, 2019

Tugas seorang ejen

Menjadi seorang ejen takaful amanah kita sangat besar..sebab tu dari segi komisen kita dapat tinggi

Bayangkan sorang client kita dapat 6 tahun bayaran komisen.

Tetapi kita perlu menjaga akaun client tersebut seumur hidup mereka
Lagi elok sesekali wsap tanya khabar.. ucap selamat hari raya hpy bday..bagi diary

Anggap mereka kawan.. kita sahabat kita..

1. Bantu semak bayaran mereka  agar tiada tunggakan..
jika ada ingatkan

Menjadi tugas kita ingatkan dengan sms wsap.. tapi andai client decide nak stop taknak bayar itu hak mereka

Cuma kita perlu ingatkan.

Client dia akan salahkan kita jika tak dapat claim. Itu yang kita paling taknak.
Tapi jika kita ada bukti kita dah flw up ingatkan ..diorg yang tak nak bayar.. maka kita takkan di salahkan.

(Kerja ni agak remeh.. ada sorang dua ok.. dan beratus.. juling mata nak cek payment client walau kita ada sistem)

Sebab tu bila close kes..
Dan hantar policy..


 saya akan bgtau client..
Takaful ni macam baby.. 2 tahun pertama amat fragile

Sila jaga payment elok2.. jangan lambat buat bayaran.. takut tak boleh claim.

Saya boleh bantu bab claim..permudahkan urusan time claim..

 tapi kalau payment lapse..maaf saya tak boleh tolong.

*Jadi kalau awk nampak takaful tak ptg duit awak maklum tau*

Kalau saya ternampak sy pun akan maklumkan..

Nampak..kita nak tanggungjwb tu bukan di atas bahu kita sorang..


Ulang matlamat amk takaful..

Kita sertai takaful ni sbb kt nak perlindungan.. untuk diri kita dan keluarga.. bimbang kalau Allah jemput kita di saat anak2 masih kecik.. paling tidak takaful ni blh tlg family kita sedikit sebanyak..

Atau di uji dengan sakit kritikal.. ada medical card.. kt ada option ke hospital swasta dan dpt rawatan yg lebih baik dan pantas..

Takaful ni untuk awak.. awak yang dpt benefit.. kalau amk separuh jalan awk yg rugi..

Faham ya.. sila sign borang terima policy..

Awak ada masa 15 hari bertenang.. kalau rasa macam tak best je takaful ni bgtau saya cepat2 kita batalkan ..duit awak 100% kita bayar.

2. Uruskan claim mereka (jika ada)
Payment ok.. waktu sertai mereka sihat dan kita declare jika mereka sakit insyaAllah tiada masalah sewaktu claim

Prinsip saya.. biar lambat jadi kes (declare medical segala kita buatkan) dari masalah di belakang hari. *#claim*

Tapi jika kita jumpa client sihat..alhamdulillah.. proses sertai takaful amat mudah.😍😍

Saya ada 8 ratus lebih client in total..
Jadi ejen dari tahun 2004 hingga ke hari ini

Uruskan kes client meninggal baru 3
(1 client 1 sendri 1 client ejen lagi satu adik kepada client saya.. arwah adik dia ambil dengan ejen lain dan ejen tu dah tak dpt d hubungi.

2. Client sakit kritikal 2 kes sahaja.

3. Claim elaun hospital tidak terkira banyak.. ini paling mudah..
Wsap jaa kita blh buatkan.

4. Client guna medical card beberapa kali.. alhamdulillah smooth je.. tiada masalah.
Dan saya tak pernah berada di sisi client sewaktu kemasukan

Saya pun tak pernah janji saya akan muncul di depan awak jika nak claim😘

Takaful ni kerjaya yang sangat best jika kita faham.. paling penting bila kita sudah cinta segalanya mudah ..insyaAllah

Apa yang penting buat kerja kerana Allah..niat nak tolong orang ramai sebar2 kan kebaikan takaful.

InsyaAllah Allah akan murahkan rezeki kita.


No comments:

Post a Comment

Cara cara menjadi ejen Takaful

Tips and trick Takaful  EJEN TAKAFUL #ejentakaful #TBE #tips  . .Salah satu kerjaya yang mula mendapat permintaan dari orang ramai adalah ej...