Tuesday, July 23, 2019

Jom kenali saya sebagai ejen

Since saya boring atas flight saya buat karangan ya.

Semoga bermanfaat.

Saya menjadi ejen dari 2004 bermula sebagai part time.

Terjebak kerana nakkan extra income waktu tu saya rasa dapat extra income RM400 sebulan, dah besar yang amat.
End up bila mengenali takaful ia menjadi Satu pengalaman yang penuh warna warni.

Bagaimana saya mendapat prospect

*NATURAL MARKET*

Selalunya kita akan mulakan dengan market JKR sebagai sasaran awal .

Betul strategi tu sebab kita ambil surah Rasullah menjalankan dakwah bermula dengan mencari J - Jiran - K keluarga - adik beradik sepupu yang rapat pak cik mak cik & Rakan/Kawan .(ofis mate, roomate, housmate, rakan setugas, rakan sebawang)

Kenapa JKR.. Ini kerana mereka yang paling kerap kita jumpa, paling kerap kita berwasap berbicara meluah rasa.

Dengan kekangan kita part time / full time andai kita buat je..

tidak mustahil untuk mencapai extra income RM1 ribu sebulan dalam masa 1 tahun..

Bagaimana caranya..

*Present tanpa gagal 1 orang sahaja sehari.*

1 orang je sehari... ofis mate awak ada 20 orang.. kenalan ada 30 orang.

*Present tau.. janji present..*

 jangan peduli close kes atau tidak.

Jangan peduli orang tu nak atau tak nak.
Jangan kisah..oh dia dah ada laaa..
Present dan present.

Cakap je sekarang tengah mulakan 1 kerjaya untuk menambah income.
Iya lah komitment makin tinggi.

Salah 1 tugas saya kena present.

Boleh tak tolong dengar je presentation saya.
Nak tak nak belakang kira.
Ini tugasan saya.

Tapi jangan sembarangan present..kita mesti aim nak present yang terbaik mengikut keperluan dia.

Contoh dah tau kawan tu dah ada income protection, present lah education plan untuk anak yang baru lahir.

Dah tau dia dah ada dia ..present pula takaful buat suaminya #incomeprotection

(Nak buat quo nak present apa yang sesuai kt pm tepi)


Present dan present je..

InsyaAllah anda akan
Close 1 kes seminggu @ RM160 x 4 minggu = RM640 ×0.185

Komisen anda adalah 118.40 sebulan.

Focus 10 bulan je..

anda dah dapat *RM1,118.40* komisen .wow ke wow..

Eh komisen ini anda akan terus dapat selama 6 tahun tau..

Sungguh takaful kerja paling best.. *close sekali, komisen berkali kali*

Jika anda fokus.. pasaran ni boleh menjangkau setahun ke dua tahun. Saya hingga ke hari ni masih ada pasaran dlm JKR ni 🤩🤩🤩


Fasa 2: STRANGER MARKET

Jika semakin banyak kita masuk ke stranger market , kita akan semakin berjaya.

Kadang2 kita fikir orang yg kita kenal akan mudah support perniagaan kita, tetapi andaian itu meleset.

Orang yang baru kita kenal akan lebih mudah menerima idea kita.

Mereka tiada kepentingan, mereka tiada “history” dengan kita dan mereka NEUTRAL.

Mulalah mencari org dengan mengenali lebih ramai orang , masuk dlm persatuan masyarakat atau pun hobi dan mula mencari segment market baru.

1.Pegi klinik bawa anak sembang ambil contc
2. Joint program larian ambil contc
3. Minta kawan kawan kita ..walau tak ambil takaful dengan kita,  rekemen rakan rakan mereka
4. Redah je ofis. Sekolah pejabat
5. Tebar je flyer..


Sasaran prospek ini LONG LASTING ... x habis habis pun


FASA 3:
*Anda sudah on track*

Pada masa ini presentation anda sudah semakin lancar.
Anda sudah boleh memilih sedar tak sedar anda dah ada 40 client

Jom.. target *40 client* sign up tahun ni.

Sediakan 1 buku khusus buat takaful.. catat dan coret lah apa jua tentang takaful di dalam itu
Paling penting
Listkan prospect anda

dptkan info ini..

*Nama tarikh lahir kerja no phone

April 2019
*aim close*
1. Zul  200 medical card
2. Adib education plan 150
3. Hafiy  medical card 160
4. Ziqri income protection 300
5. Faaeq medical card 160

Close kes.. alhamdulillah
*1. Zul 230*

1 kes close untuk april 2019
Tinggal lagi *39*🤩🤩🤩🤩

No comments:

Post a Comment

Cara cara menjadi ejen Takaful

Tips and trick Takaful  EJEN TAKAFUL #ejentakaful #TBE #tips  . .Salah satu kerjaya yang mula mendapat permintaan dari orang ramai adalah ej...